About Me

My photo
"satu kehidupan itu mempunyai banyak corak, pelbagai bentuk,dam macam2 jenis" -itu lah hidup-

Tuesday, October 25, 2011

-temujanji yang tertangguh-

assalamualaikum..

Hari ni, tengah2 bosan, aku mulakan satu lagi cerita yg ada dikalangan manusia...
- TEMUJANJI -

Nak sedap dengar org selalu ckp "dating"... acap kali kita mendengar
"ok ye, jajni taw, sok kite kuar" .. tp, kadang2 lain jadinya..

kepada yang selalu terkena mcm ni, sabar la.. sebab, ada hikmah disebalik kejadian.. mungkin saat itu kita mmg xboleh bersama2 berseronok..
First sekali, kene la hormat org yg kat sana dulu... Mgkin die ade hal yang lebih penting untuk dia hadiri, so temujanji itu kadang kala dibatalkan..

-sedih, kecewa, patah hati, marah, kecil hati, mcm2 la... - ko telan la sumer tu.. bukan nye penting pun kadang2 tuh... kite kuar hanya utk berseronok je kan....

itu la pasal, kadang2 keadaan memaksa kita.. bukan niat untuk mungkiri janji, tetapi ada satu kejadian yang tak dapat dielakkan....


Aku mengaku... aku juga manusia biasa,, hamba Allah yang akan menggunakan fikiran singkat untuk membuat keputusan dan andaian..
"hrmm.. mesti die xnk kuar ngn aku.. yer la, aku ni bukan sape2 pada dia"

"aku tak penting pada dia"

-FEEL SO LONELY-

Sebenarnya, die nk keluar jalan2 ngn aku, tp, die ada hal penting, klu x, takkan die bagitaw yg "temujanji" tu dibatalkan,,

Sebenarnya, aku penting pada dia.. sebab die say sorry to me.. kalau aku xpenting, die wat muke xbersalah pun...

yg penting, jangna sedih, tak usah kecewa, tak perlu sakit hati... kerana, ia akan menjadi
"temujanji yang tertangguh"

so, next time la ye kite keluar jalan2~ yayy!!!







Monday, October 24, 2011

Andai diriku pergi.....

Tinggalkanmu sendiri....Usah kau sedih.....Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu.....,

Tiba tika dan waktu....Telah tertulis takdir untukku......Perjanjian yang Maha Agung.....Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu....Bertarung di fikiranku....Wajah ceria, senyum manja....Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku sahabat....Kerna buat kau menangis....bukan itu niatkku....

Restuiku dengan cinta...Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah....Terima kasih atas segalanyaMoga rahmat hidayah...

MuMengiringiku, menemaniku...Saat akhir waktuBersaksi diriku...

Tiada lain hanya Kau satu..Memiliki cintaku...

Ku serah segala kepada Mu

~apapun yang terjadi.... walaupun selepas ini korg da xigt kan aku... korg sentiasa diingatanku... terima kasih kerana menjadi sahabatku.. bersyukur aku kerana dikurniakan sahabat seperti korg... =)~

Friday, October 14, 2011

Selamat Hari Lahir ke 22


Assalamualaikum..

salam sejahtera buat semua, salam sayang, dan segala salam ku berikan..

Saya mulakan coretan saya untuk dikongsi bersama kebahagiaan yang saya kecapi..
Alhamdulillah, saya sudah mengjangkaui 20-an..

22 tahun.. Alhamdulillah, aku diberi lagi nafas untuk hidup.. panjang umurku..
Selama 22 thn ini, hidup ku dikelilingi dengan rasa yang bercampur baur..Ada sedih, duka, suka, marah, takut, dan lain2 lagi..

tetapi, aku sentiasa tersenyum, supaya org disekeliling tahu, yang aku bahagia...

22 tahun...
Dalam usia yg begini, saya sudah cukup puas, kerana hidup dikalangan manusia yg normal sifatnya... seperti; hidup berkeluarga, rasa disayangi, disakiti, dicintai dan mencintai.....
xkesah laa.. janji aku da rasa apa yg diorg rasa... Terima kasih Ya Allah...

Dalam meniti usia 22 tahun ini, teragedi terlah brlaku kpd ku.. aku mentiskan air mata ketika itu... "ketika itu" aku rasa dunia ku sangat gelap, tiada harapan untuk ku lagi... Alhamdulillah, selepas tragedi itu, aku semakin matang untuk menentukan hidup aku...

selepas tragedi itu aku semakin bahagia.. betul.. tiada lagi tangisan untuk dia...
Dia menyedarkan aku untuk menghargai orang yang menyayangi aku.. die menyedarkan aku, bahawa hargai orang benar2 kita sayang..

-sedikit pun tidak rasa terkilan..kerana bagi aku, itu pengalaman yang aku sendiri aku rasa.. At least, aku dah rasa, bagaimana dibahagiakan, dan disakiti.. aku belajar itu semua untuk aku lebih kuat di kemudian hari.. Bagi aku, itu adalah pengalaman yang cukup membuatkan aku lebih dewasa untuk melangkah di dalam usia 22 ini..

~semoga Allah permudahkan jalan aku~

Dalam usia 22 tahun ini, aku da merasai semua nya, dan banyak hasrat aku sudah tertunai, seperti; motosikal... bekerjaya.... dan dah banyak tempat aku pergi.. melancong la tu.. Alhamdulillah.. selepas kejaian itu, ku semakin gembira, malah semakin bahagia..

benar kata org, "selebat mana hujan itu, sekuat mana guruh itu, seteruk mana ribut itu, pasti pelangi akan muncul, mentari akan tiba menyinari hari2 yang mendatang"

Aku lah salah seorg dari "hari hujan itu"...



Alhamdulillah.... Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu, kerana diberi peluang untuk teruskan hidup... Dalam usia aku yang semakin menigkat ini, aku tak kan lupa padaMu... Patuh perintahMu, agar aku sentiasa bahagia...

22 tahun,
Aku melangkah lagi kedepan.. Dengan tujuan yang sama... mencari keredhaan Mu Ya Allah...
tipulah, kalau aku tak mencari cinta... Pencarian cinta kini bermula.. (ko tu da tua.. cepat2 la kawin~ hahahha...) -tunggu kakak 2 org lagi..


Selamat Hari Lahir ke-22 intan @ eida.. Semoga panjang umur, dan dimurahkan rezeki..Jadilah insan yang berguna, yang adanya iman, tanggungjawab, berilmu, berpengalaman, akhlak yang mulia, dan yang penting Jadilah anak yang sentiasa dibawah keredhaan ibu n ayah...

insyaAllah~

besday gurl,
intan...

Wednesday, September 28, 2011

Percutian di langkawi.



Assalamualaikum..

aku kembali mencoret cerita ku.. berkongsi kebahagiaan yang aku jumpa di langkawi.

Selama 4hari 3malam aku di Hotel Lagoon, Langkawi..(23/09/2011 till 26/09/2011) percutian bersama kawan2 satu syarikat..




pada hari pertama,
aku... pagi, aku bertolak dari office ke LCCT... tepat pukul 12.30 p.m, aku menaiki flight Air Asia bersama kawan2

Ketibaan kami disambut mesra dengan Tourist Guide, En.Azham.. dan terus dibawa ke hotel Langkawi Lagoon..
di situ, baru lah Miss Grace baru sampai..kene tinggal.. hehe..
pada sebelah petang, kami mengadakan satu telematch bersama2 staff dari Singaporean.. tersangat la best.. byk game yg kami main, antaranya, lari dalam guni, sambil sepak bola..

-riuh rendah mendengar sorakkan semua team.. tak terkecuali, aku sendiri,, hehehe..

hari yg kedua,
En.Azham membawa kami melancong di semua tempat2 popular di Langkawi dan shopping.. kami juga dibawa ke Langkawi Cable Car dan Galeri Perdana,.. disini, kami seronok sangat.. dapat melihat panorama langkawi..

Dalam hati ku terdetik,"subhanallah, sungguh indah ciptaanMu Ya Allah.." tak dapat digambarkan, begitu sukar dikatakan, tetapi tersangatlahh cantik.. mmg terasa puas hati sebab dapat tengok pulau2 yg lain...









seperti biasa, aku memang orang yang pantang nampak kamera je
, mesti duk menyempit.. hehehe... but its fun.. i love it..
sweet kan? member2 satu office sangat sporting..










Masa makan pulak, memang tip top.. TERBAEEKK!! kami diberi layanan yg cukup baik.. dan hari ni, kami makan malam ala2 western food, di tepi pantai bersama deruan ombak yg menyapa.. (pergh ayat aku!!)




Hari ke tiga,
Aktiviti kami, island hopping..naik bot.. mmg best!! disini, baru kami dapat lihat, pulau2 dari jarak yang dekat..





Kami ke Pulau Dayang bunting.. mmg cantik tempatnya, tetapi ada kera laa.. adeyh.. kami ke Pulau Beras Basah.. mandi manda kt sana, suasana yang amat indah, ditambahkan lagi, air yg sangat jernih, ikan2 yg berenang...



"Subhanallah.. indah sungguh Bumi Allah ini.."

kemudian, kami ber-BBQ yg xberapa BBQ.... hehehe.. di tepi pantai.. sangat menarik.. time da habis lunch BBQ, kami bertolak balik ke hotel.. dalam perjalanan pulang, kami juga meredah hujan ditengah2 laut.. mmg extreme betul aktiviti ni... ini lah situasi @ keadaan yang pertama kali aku tempuh.. dan, Abg boat pun merempit la dengan laju nya, utk tiba di jeti..

Alhamdulillah, semua nya selamat.. tetapi basah je laa.. hehe.. semua basah, termasuk
En. Azham dan Grace..so, dalam taknak mandi, semua mandi.. hehehe... mmg best.. masuk je dalam bas, semua ketar2, kesejukan.. kami diberi rehat lama utk membersih diri, dan rehat...
petang tu, kami bebas nk berjalan2 di pantai dan tempat lain.. ye la, bosan duduk dlam bilik je...
kemudian makan malam bersama direstoran..

selesai makan malam, kami diberi peluang untuk berjalan kaki sambil menikmati angin malam dilangkawi..(penat la jgak!) hehehe.. tp, best~

Hari ke empat...

Hari yang terakhir kami berada diLangkawi.. banyak yg kami belajar, dan banyak yg kami tahu tentang Langkawi.. tepat pukul 1.30, kami check out dari hotel Lagoon, dan pergi ke airport Langkawi..


En. Azham memberi penghormatan kepada kami, sampai ke Airport hantar sehingga check-in..
(berat sgt ke beg intan??) hahaha...
Miss Greace juga pulang bersama2 ngn kami ke KL.. dan, aku sempat bergambar dengan mereka.. dengan en. azham n Grace.. thankx yeah...



-kenangan Percutian di Langkawi ini, xkan pernah luput dihati.. akan ku semat segala pengalaman yang indah, dan saat2 bahagia ku disini.. terma kasih en.Azham dan miss Grace.. Both of you do a great job to all of us.. congrates!!

kepada Abg Azham, utang satu lagu ngn kitorg!! jgn lupe yea... hahaha...

~sweet memory in Langkawi Island~~
-spirit of tour-


-intan (n_n)-














Monday, September 12, 2011

TeNtAnG SAHABAT~



bismillahirrahmanirrahim,

Hari ni, otak saya ligat berfikir.. satu lagi cerita tentang kehidupan bukan terjadi pada sy, tetapi pada anda semua..

SAHABAT.. perkataan yg selalu kita dengar.. apa itu sahabat??


- ia satu ikatan yang sangat unik, lebih indah dari ikatan percintaan antara adam n hawa, lebih bahagia dari ikatan yang biasa... dan paling penting, yang paling menarik,


"::Lebih baik bersahabat dari bercinta, kerana mengelakkan kita berzina, antranya, zina pancaindera, zina tangan, zina kaki, ZINA HATI::"


Saya juga bukan la org yg baik, yg mulia.. tp, sya cuba utk menjadi lebih baik...
jadi, biarlah saya sambung cerita ttg sahabat ni yea...


Seorg sahabat itu adalah seorg yg setia mendengar, memberi nasihat, dan sentiasa bersamanya..
bukan bermakna, harus sentiasa disisi, tp, dalam doanya.. itu yg penting... hadiah paling berharga untuk sahabat dari sahabat..


Begitu juga saya, sye mempunyai ramai sahabat.. musuh pun kadang2 sahabat saya..
sahabat yang special sikit ni, sorg yg memang memahami diri sy, selalu membuatkan saya tersenyum sendiri.. dgn kata lain, die boleyh membahagiakan hari2 saya..


Dia seorg sahabat yang sangat baik, lembut, baik hati.. dan yang paling penting memahami..


~igt dalam percintaan je ke kene ade kejujuran??

teeett~ salah, setiap perhubungan, xkira apa juga hubungan antara manusia-manusia, manusia-haiwan, manusia-benda (motor aku la) harus ada kejujuran..


Nur Aqilah, kekuatan saya.. saya menyayangi dia.. sbb dia lah sahabat baik saya.. selalu ada masa susah dan senang..

kepada nur Aqilah, klu kau bace coretan ini, aku just nk ucapkan terima kasih kt kau, selama ni ko banyak bersabar dgn aku..

Aku sentiasa bersyukur, kerana aku kenal dengan ko..

-aku pun xtaw nk ckp ape-

~speechless~





kepada kawan2 bestie aku yg lain, aziza,azima,mila, Len, n Farah, aku pun syg sangat2 kat korg..
mmg susah nk cari seorg sahabat yg benar2 baik..




benarlah kata pepatah -
"kawan suka senang dicari, kawan yg sedih sorg pun belum tentu sudi mendengar"




aku bersyukur, kerana dipertemukan dgn korang semua, sungguh pun, kita berasal lain2 tempat, tetapi "masa itu" telah menemukan kita...





sahabat2ku,

semga kekal menjadi sahabatku... kerana aku seorg sahabat, yang amat memerlukan seorg sahabat seperti kamu semua...terima kasih keran hadir dalam hidup ku ini... terima kasih kerana sudi menerima saya sebagai kawan, rakan, sahabat, dan teman... kenangan dengan korang xkan pernah ku lupakan, sampai bila2~

"spirit of friendship"
-that's me-



::"Jadilah seorang yang senang didekati, kerana itu adalah satu asset utama dlam menjalinkan persahabatan::"








Sunday, September 11, 2011

~brbuka puasa bersama teman~




Assalamualaikum.. jari jemari ku kembali menaip, kisah2 kehidupan.. satu lagi kisah ttg kehidupan di satu ceruk dlm bumi ini..

sungguhpun, kita da masuk ke bulan syawal, ni cerita di bulan ramadhan hari tu..

Suatu hari, pada 26 hb, 2011... (26 Ramadhan)


Tepat pukul 6 petang, aku, n da geng, da ade kt pizza hutt. eh... jap2, revised balik time..~~~~~~~

Hari ni, aku, qila, ziza, zmah, n mila, ade date.. da janji berbuka puasa sama2... Da nk last2 puasa akhirnya, ada masa nk berbuka.. ye la, masing2 sibuk.. nk2 si mila~ hahaha~

Alhamdulillah, 5 sahabat berkumpul semula.. banyak perkara yang dibualkan. salah satu nye, opkos la, pakwe2.. tu mmg gossip utama.. hahahaha~

Tepat pukul 6 petang , aku n da geng, ade kt pizza hut.. menunggu waktu berbuka... hehe~
menunggu waktu berbuka.. lapo2~~ hehe...


ehh?? jap2... 1-2-3-4.. empat je?? mila mane ekh?? hehehe... dah la chop mohor terbersar tuh.. hehe... last2, mila pun sampai.. lam kul 6.30 ke 7.00 ptg.. lebih kurang la.. hehehe...



-tengah2 amik order, da setel order.. ok ye.. air pepsi, pizza 2 keping.. topping, bla... blaa...

dlam ati aku "pehal minah ni, blah r.. ko nak ape ag??"
tetibe, die tarik buku order tuh.. pergh.. malu nyer,, hahaha~ Aduhai... jatuh kemachoan aku jap~~ hehehe~~ malu2!!

pastu, gile gmbo...
hehehe~~~

waktu berbuka... makan2 beb.. hehehe~

Alhamdulillah, kenyang....




gambar2~~ sukernyew...

"kepada mila, aku nk ucapkan tq, sebab da belanja kami makan... Nnt kita ke kenny rodgers plaks.. hehehe~ org govment la katekan.. hahah~

-Ape pun, aku bersyukur mempunyai sahabat2 yg ada waktu suka mahupun duka.. Payah nak cari , sahabat yg benar2 sahabat... dan, aku sangat2 berunung kerana dipertemukan sahabat yang cukup memahami, setia mendengar, dan menyayangi antara satu sama lain..


- Anggap lah persahabatan ini seperti 'air dicincang takkan putus', bagaikan aur denang tebing yg selalu saling membantu antara satu sama lain,....

~aku sentiasa syg kt korang~

ikhlas dari seorg sahabat korg,

intan... selamat hari raya..

Tuesday, August 23, 2011

Ramadhan ==> Syawal 1432


Bismillahirrahmanirrahim...

hari ni, da masuk 24 Ramadhan. laju suungguh masa berlalu..
mesti banyak kenangan manis, pahit, menyakitkan, dan macam2 lagi..

tp, kita kene tabah harungi semua itu.. -Al-Fatihah, kepada yg telah tiada, dan intan harap,
kepada yang menghadapi saat2 sedih, bersabarlah.. kerana, Allah itu maha penyayang..

Allah lebih menyayangi dia..

kpd yg sedang sibuk buat persiapan raya, jgn la terlalu berbelanja.. cukup yg memadai saja..

So, tinggal lagi 6 hari nk menyambut syawal, persiapan raya, seperti, baju raya, kueh raya, n segala2 raya, mesti da siapkan?

Kad raye dpt x??
mesti ada yg ckp, "ala, skrg ni gune sms je"

"email pun bole"......-"ala, aku gne fb je.. utk semua terus"

-heheheh, mcm2 skrg ni, boleyh sampaikan selamat hari raya.. yg penting, kita xlupa antara satu sama lain, dan memaafi semua nya..

saya??
hurm, sy lebih suka bagi kad raya.. baru ada nostalgia, kenangan... kad2 yg member bagi dari sekolah dulu, still simpan, sampailah ke kolej.. semua ada..

kad raye jijah- 5 keping,
kad raye zimah- 5 keping
kad raye qila - 4 keping
kad raye mila - 2 keping + kad raye BESAR

yang lain pun ade.. huhu.. klu tahun ni xdpt, bace yg lame je.. hehehe~

kad raye..penting tu, kenangan kita, dan bukti bahawa die kenal kita.. hehehe..
kad raya...... utk tahun ni, xsempat nk beli kad raya... lepas raya baru pos leyh x?
sibuk laa skrg ni.. huhu..

kepada rakan2,
selamat hari raya semua.. ku susun 10 jari, memohon ampun maaf, jikalau ada terkasar bahasa, terguris hati, terasa dgn kata2 sy.. kita manusia biasa, ada salah... -nobody is perfect-
maaf zahir dan batin..

hari raya tahun ni, lagi bermakna, kerana, sy dapat kakak ipar yg baru..
so, bertambah lagi seorang ahli dalam keluarga, dan raya nya juga agak meriah la nnt..-insyaAllah-


saya pun xtahu nak karang apa lagi.. -speechless-

Saya harap, kepada semua umat Islam, tak kira dimana jua berada, beraya lah dengan penuh keinsafan sepertimana kita menyambut Ramadhan dahulu..
pergi nya Ramadhan, xbererti, tingal semua ibadah kita.. kita kene teruskan semua nya.. cuma, Ramadhan ini, adalah bulan yg istimewa berbanding dengan Bulan2 yg lain..

-semua org tahu ttg Ramadhan, tetapi xpernah mendalaminya.. cuba, satu minit, kita berfikir, dan fahami, apa yg harus dilakukan dibulan Ramadhan ini, dan apa yg xpatut kita buat..

-fikir2 kan lah.. krana saya tiada hak untuk menilai kalian semua.. yg behak hanya Allah..

saya juga bukan lah baik, tapi saya mengejar utk menjadi yg terbaik pada pandangan Allah..


-tengok anak bulan dulu, baru boleyh raye-



ni, kad raye tuk korg, kawan2 aku.. hahah~




~SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI~


~ sYAWAL 1432 ~

~intan~