Assalamualaikum,
kepada semua pembaca blog.
Alhamdulillah,
sehingga jam ini, sehingga saat ini, sehingga detik ini, kita masih bernyawa..
Bersyukur kepada Allah diberi peluang lagi untuk kita teruskan hidup di atas
muka bumiNya ini…
Bersyukur
juga kerana sehingga hari ini, kita masih mempunyai sahabat.. bercerita tentang
sahabat….
Entry
yg dulu, saya ada menyebut tentang sahabat2 saya… (sorry la, sy mmg sker cite
tentang ikatan persahabatan)
Hari
ni, mari kita mengungkap erti sahabat yang sebenar.. Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada
anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat
dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti
berikut
o Jika engkau berbakti
kepadanya, dia akan melindungi kamu.
o Jika engkau rapatkan
persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
o Jika engkau
memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
o Jika engkau
menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
o Jika dia mendapat
sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut
kebaikan kamu.
o Jika dia melihat
sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
o Jika engkau meminta
bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
o Jika engkau berdiam
diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
o Jika datang sesuatu
bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
o Jika engkau berkata
kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
o Jika engkau
merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
o Jika kamu berdua
berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan
persahabatan.
Kadang2,
kita ambil ringan tentang ikatan persahabatan… kita lebih tertumpu kepada nilai
cinta yang suci.. mencari cinta.. pengembaraan mencari cinta bermula.. huh~~
Baiklah,
memang tak salah menyintai seseorang itu, kerana itu adalah anugerah yang tak
ternilai dari Allah S.W.T. ,dan juga adanya insan yang dicintai akan menjadi
peneman sehingga sisa2 hidup kita hingga akhir.
“CINTA
SEJATI PADA ILAHI, SAHABAT SEJATI SAMPAI MATI”
-capailah
kedua2 nya, kerana itu adalah salah satu nikmat yang terindah dan membawa
kepada kabahagiaan-
“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang
sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan,
menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran,
menegur kelemahanmu atas nama kebaikan,
memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan,
ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi
seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” – Hamba Allah
------------------------
“HARGAI LAH NILAI SEBUAH PERSAHABATAN, KERANA IA
TIDAK TERNILAI HARGANYA"
1+2+3+4+5+6+7
= SAHABAT
TUHAN aturkn antara kita 1 PERTEMUAN ditetapkn 2 HATI.
Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :
SAYANG,
KASIH & KASIHAN.
Dalam 3 rasa itu diselitkn 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA.
Dalam 4 tujuan itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI.
Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu :
SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,&
MENGINGATI.
Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :
“SAHABAT”.
~ Jika sahabatmu melukakan hati,
lukislah di awan agar ia cepat berlalu pergi…
Jika dia membuat kebaikan, pahatlah di
atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan.~
Intan @ Eiyda (n_n)
saya follwo nomor 8 ditunggu follow back
ReplyDeletehttp://perpustakaandinaskelautandanperikanan.blogspot.com/
aku ade sifat2 mcm kat atas ni x?
ReplyDeletemesti la ade.. ko kan sahabat aku...
Deleteminta izin share . :)
ReplyDeletesy share boleh?ada satu ayat yg menarik
ReplyDeletekata-kata yang sangat indah, semoga di pertemukan dgn sahabat sejati
ReplyDeleteYuk Gabung di Bolayo.com
ReplyDeleteMinimal deposit 50ribu
Bonus Member 30%
Bonus Harian 5%
Aman & Terpercaya
hanya di bolayo.com
Whatsapp kami
+6282321807397