About Me

My photo
"satu kehidupan itu mempunyai banyak corak, pelbagai bentuk,dam macam2 jenis" -itu lah hidup-

Monday, August 15, 2011

surat untuk Pengkhianat Cinta

Assalamualaikum....
salam rindu dan sayang buat dirimu wahai pengkhianat cinta, harap2 moga2 sihat selalu..

wahai pengkhianat cinta,
untuk pengetahuan awk, saya sihat sentiasa. Bebas dari cinta awk, memberikan saya seribu makna.. Sungguhpun dulu, saya pernah mencintai diri awk sepenuh hati... Terima kasih kerana melepaskan diri saya dari terus dikhianati...

Tanpa cinta awk, saya tak gusar, tanpa cinta awk, saya tak sakit, tanpa cinta awk, saya bahagia, lebih bahagia dari dulu, semasa mencintai awk...

wahai pengkhianat cinta,
tahniah... awk telah berjaya menghancurkan hati saya.. Cinta yg saya bagi, awk mainkan dengan mudahnya,... diwaktu itu, saya buntu...kerana masih mencintai awk.., tetapi, awk terus mengkhianati cinta saya..awk tak pernah berterus terang dengan saya...
Apa salah sy wakk??

kadang2 sy tertanya sendiri.."salah sy ke semua nih??,"..jujur saya katakan, sy mmg xpandai nk bercinta.. semasa itu, sy keliru, sedih, geram, benci, bercampur baur...
kadang2 sy tertanya" betul ke awk cinta kan saya, seperti mana sy mencintai diri awak..,?"
setelah sy penat berfikir, baru sy faham, yg Awak telah mengkhianati cinta saya...
Awak adalah pengkhianat cinta, kerana diri awk, saya sengsara... hampir dua tahun, saya bersedih,....


"zahir kau lihat, bukan segala-gala.., bibir tersenyum menutup jiwa yang luka..
zahir kau lihat hanya antara lapis, mataku sinar bergenang tangis" --bait dunia batinku-

tetapi, sy bahagia, kerana sy ada keluarga yg selalu memberi sokongan, sy ada kawan2 baik yg selalu temankan sy sewaktu sy sunyi... tetapi, hati xdapat nk tipu..sy terasa sunyi tanpa gelak tawa awk.. saya sunyi dengan usikkan awak.. semuanya tentang awak..
Sampai suatu hari, ku bersujud pada yg Satu.. ku memohon, berikanku petunjuk dan kekutatan tuk menghadapi semua ini... sy xkuat... Alhamdulillah, sedikit demi sedikit, sy ubati hati sy yg luka ini..

dalam masa 2 tahun, saya berfikir...merenung kembali, adakah saya yang bersalah, atau awk yg bersalah?? Allah itu maha berkuasa,,,satu hari, sy mendengar ceramah, terdengar satu kata2 Ustaz;
"Apabila kita mengagungkan cinta itu, yakni cinta manusia, mana hilangnya Cinta kita kepada Allah??"
tersentap jiwaku.. meremang tengkuk ku, sedikit jantungku berdenyut laju.. "Ya Allah"



Cinta kepada Allah.. ya.. cinta itu, mmg mudah utk dilafazkan, tetapi, kita xpernah menyelami nya, xpernah merasainya, xpernah membalasnya, xpernah memahaminya...
Teruk kan saya ni??
satu hari, saya berfikir sejenak;

"Aku lah pengkhianat cinta, kerana aku lupa padaMu Ya Allah, ampunkan diriku...aku terlalu obses kepada cinta manusia... Tetapi tidak pada cintamu Ya Allah... aku hamba yang lemah...aku insan yg hina, kerana, aku boleh berjumpa dengan dia, sungguhpun aku berjumpa denganMu didalam solat, tetapi cintaku, padanya telah melebihi cintaku padaMu...-ampunkan dri ku Ya Allah... "
"kadang2 aku teringatkan diriMu, tidak setanding sengan teringatkan dirinya... Aku yg bersalah... Sebab itulah, Kau menarik semua nikmat dan kemanisan cintaku dan si dia.. "

-aku menuduh yang dia adalah Pengkhianat Cinta,tetapi, aku lah pengkhianat yg sebenarnya... -

pada mulanya, saya buntu.. keliru, tetapi sekarang, saya da tenang... tenang dari pengkhianat cinta macam awak.. kerana cinta saya dah tak dikhianati kerana cinta saya lebih kepada IBU saya, dan keluarga saya., serta untuk sahabat2 saya...


Dan, Cinta ini kembali kepada Mu Ya Allah.. tiada lagi sakit, tiada lagi sedih, hanya senyuman terukir dibibir saya..

kerana:- sya sudah takut utk bercinta, sy takut kepada pengkhianat cinta..kerana dia, sy berlayar ke daerah yg belum ada penghujungnya...

biarkan saya begini, biarkan saya sakit sendiri, walaupun sakit, saya tahu, Allah sentiaasa disamping saya... Semakin kuat Allah menguji, semakin dekat saya dengan diriNya...
Saya tahu, Allah sentiasa menyayangi diri ini, selalu memerhatikan diri ini, dn selalu menjaga diri ini...

"Apabila Allah mengambil CINTA manusia dari kita, bermakna, ALLAH ingin menjaga kita
kembali"~
~"MMG CINTA YG SATU ADALAH CINTA ALLAH, mungkin, aku belum cukup baik utk mendapatkan cinta itu (cinta manusia)...... -hanya Allah saja yg tahu-

-salah satu kehidupan yg harus kita tempuhi dgn tabah-






No comments:

Post a Comment