About Me

My photo
"satu kehidupan itu mempunyai banyak corak, pelbagai bentuk,dam macam2 jenis" -itu lah hidup-

Friday, October 14, 2011

Selamat Hari Lahir ke 22


Assalamualaikum..

salam sejahtera buat semua, salam sayang, dan segala salam ku berikan..

Saya mulakan coretan saya untuk dikongsi bersama kebahagiaan yang saya kecapi..
Alhamdulillah, saya sudah mengjangkaui 20-an..

22 tahun.. Alhamdulillah, aku diberi lagi nafas untuk hidup.. panjang umurku..
Selama 22 thn ini, hidup ku dikelilingi dengan rasa yang bercampur baur..Ada sedih, duka, suka, marah, takut, dan lain2 lagi..

tetapi, aku sentiasa tersenyum, supaya org disekeliling tahu, yang aku bahagia...

22 tahun...
Dalam usia yg begini, saya sudah cukup puas, kerana hidup dikalangan manusia yg normal sifatnya... seperti; hidup berkeluarga, rasa disayangi, disakiti, dicintai dan mencintai.....
xkesah laa.. janji aku da rasa apa yg diorg rasa... Terima kasih Ya Allah...

Dalam meniti usia 22 tahun ini, teragedi terlah brlaku kpd ku.. aku mentiskan air mata ketika itu... "ketika itu" aku rasa dunia ku sangat gelap, tiada harapan untuk ku lagi... Alhamdulillah, selepas tragedi itu, aku semakin matang untuk menentukan hidup aku...

selepas tragedi itu aku semakin bahagia.. betul.. tiada lagi tangisan untuk dia...
Dia menyedarkan aku untuk menghargai orang yang menyayangi aku.. die menyedarkan aku, bahawa hargai orang benar2 kita sayang..

-sedikit pun tidak rasa terkilan..kerana bagi aku, itu pengalaman yang aku sendiri aku rasa.. At least, aku dah rasa, bagaimana dibahagiakan, dan disakiti.. aku belajar itu semua untuk aku lebih kuat di kemudian hari.. Bagi aku, itu adalah pengalaman yang cukup membuatkan aku lebih dewasa untuk melangkah di dalam usia 22 ini..

~semoga Allah permudahkan jalan aku~

Dalam usia 22 tahun ini, aku da merasai semua nya, dan banyak hasrat aku sudah tertunai, seperti; motosikal... bekerjaya.... dan dah banyak tempat aku pergi.. melancong la tu.. Alhamdulillah.. selepas kejaian itu, ku semakin gembira, malah semakin bahagia..

benar kata org, "selebat mana hujan itu, sekuat mana guruh itu, seteruk mana ribut itu, pasti pelangi akan muncul, mentari akan tiba menyinari hari2 yang mendatang"

Aku lah salah seorg dari "hari hujan itu"...



Alhamdulillah.... Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu, kerana diberi peluang untuk teruskan hidup... Dalam usia aku yang semakin menigkat ini, aku tak kan lupa padaMu... Patuh perintahMu, agar aku sentiasa bahagia...

22 tahun,
Aku melangkah lagi kedepan.. Dengan tujuan yang sama... mencari keredhaan Mu Ya Allah...
tipulah, kalau aku tak mencari cinta... Pencarian cinta kini bermula.. (ko tu da tua.. cepat2 la kawin~ hahahha...) -tunggu kakak 2 org lagi..


Selamat Hari Lahir ke-22 intan @ eida.. Semoga panjang umur, dan dimurahkan rezeki..Jadilah insan yang berguna, yang adanya iman, tanggungjawab, berilmu, berpengalaman, akhlak yang mulia, dan yang penting Jadilah anak yang sentiasa dibawah keredhaan ibu n ayah...

insyaAllah~

besday gurl,
intan...

1 comment: