About Me

My photo
"satu kehidupan itu mempunyai banyak corak, pelbagai bentuk,dam macam2 jenis" -itu lah hidup-

Sunday, February 9, 2014

Tercatat Sudah.....




Sudah kucatatkan
Kenangan kita bersama. Ku catatkan agar dapat kita melihat kembali, mengimbau kenangan detik-detik bersama.

Sudah kucatatkan
Kisah suka dan duka ku untuk kita tatap bersama supaya menginsafi apa yang kita lakukan bersama dan bukan meratapi kesakitan itu

Sudah kucatatkan
Kisahku buat sikecil membaca.. memahami kisah kita.. Biarlah kisah kita menjadi kenangan yang terindah

Sudah kucatatkan
Sifat mu, sikapmu dan siapa kamu dalam hidupku.. ya, kau lah sahabat yang sukar ditemui..
Ku kisahkan pada kadar yang ada supaya dia tahu siapa kamu dan siapa aku…

Supaya Si Kecil itu mengenali aku walaupun aku jauh nun disana.

Catatan kisahku disini kerana aku tak mampu mengingati setiap detik Kau & Aku. Biarlah kenangan ku berada disini. Andai ada kisah yang tercatat, kenanglah.. pahatlah didalam hati.. moga2 ia sentiasa segar diingatan kita…

Ya Allah, aku bersyukur, dipertemukan dengan dirinya..
Seandainya, aku tiada lagi disini, aku harap dia tidak menangis..
Bahagiakan lah dirinya seperti bahagianya dia sekarang walaupun tanpa diriku..

Aminn Ya Rabbal’alamin.. 
 









 Ikhlas buat dirimu,
Catatan terindah, 
intan @ ieyda



No comments:

Post a Comment