About Me

My photo
"satu kehidupan itu mempunyai banyak corak, pelbagai bentuk,dam macam2 jenis" -itu lah hidup-

Friday, February 7, 2014

ISTIDRAJ

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum.. hai. aku kembali..

Kembali kepada diri aku yang dulu..
Kembali berbicara..

ISTIDRAJ...

pernah dengar?? penah tgok?? mesti pernah kan.. ade tajuk Samarinda.. ISTIDRAJ CINTA..
hehehe. tp bukan lah aku nak merungkaikan cerita yang kt TV3 tu...




Aku?? pun pernah dengar dan baca tentan perkara ini.. klu sebut pun da takut.. apa yang aku nak kongsikan.. golongan2 orang yang termasuk dalam istidraj..

simple.. ISTIDRAJ tu maksudnya,

|| Saya telah merujuk Kamus Al-Muhit karangan Al-Fairuz Abadi tentang asal perkataan "istidraj"ini. Pengarang kamus ini berkata:  
" Istadrajahu- membawa makna ia menipu dan ia merendah-rendahkannya". 
Jika dikata:" Istidrajullah al-abda"(Allah menIstidrajkan hambanya) membawa erti/makna setiap kali hambaNya (insan) membuat/ menambah/ membaharui kesalahan yang baru maka setiap kali itu juga Allah akan membuat/ menambah/ membaharui nikmatNya ke atas hambaNya itu dan setiap itu juga Allah membuatkan hambaNya itu lupa untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukan terhadapnya dan setiap itu juga Allah akan mengambilnya sedikit demi sedikit(ansur-ansur) dan Allah tidak mengambilnya dengan cara yang mengejut! ||

||petikan dari blog muzakarah.blogspot||

disini, apa yang aku paham, istidraj ini adalah golongan orang2 yang diberi nikmat dengan alasan untuk memusnahkan mereka.. masih xpaham?

pada mulanya, Allah, menurunkan rezeki pada setiap hamba-Nya. ya.. rezeki yang kita perolehi itu, berbeza2.. ada yang dapat jodoh, ada yang dapat pangkat, ada juga yang dapat harta.. dan lain2 lagi..
mengikut usaha kita.
kita lihat, ada yang menipu pun dapat dilimpahi dgn kekayaan.. anak2 derhaka juga dilimpahi dengan kebahagiaan.. kenapa? istidraj.. kerana segala nikmat yang mereka perolehi itu, bakal menghancurkan diri mereka.. nak kata kita cemburu dengan kesenangan mereka??
bagi aku.. TIDAK.. aku bersyukur apa yang telah dikurniakan sekarang.. aku bahagia apa yang aku ada sekarang..
Cuma, aku kasihankan kepada mereka2 yang telah alpa.. mereka2 yang hidup didalam kesenangan yang memusnahkan diri mereka sendiri.. Nauzubilah..
kita terus lalai, dengan perkara2 yang sebegitu.. kita pikirkan, Allah memberikan segala nya, kerana mereka baik... mereka sudah silap.. juga telah permainkan kasih sayang Allah.. Astaghfirullah hal-azim...

Aku tak cakap semua org kaya itu, tergolong dari golongan Istidraj.. ada juga orang2 kaya yang mensyukuri apa yang mereka perolehi, dan diberikan wang itu kejalanNya.. dan nikmat2 itu diredhai Allah..

semakin rumit kan?? terpulang la.. setiap apa yang kita buat, semuanya mengikut niat kita...

pejam kan mata, selami hati, dimanakah kedudukan kita dibumi ini?? tanya pada diri... yang penting Allah masih menyayangi kita..

"Andai ada sesuatu yang terjadi, ingatlah.. bahawa Allah mendatangkan musibah kepada setiap hambaNya mengikut memampuan kita.. Allah menyayangi kita.. sentiasa ingin kita mengadu kepadaNya..

Subhanallah.. sungguh besar cintaMu Ya Allah..

Semoga aku tak tergolong dalam golongan ISIDRAJ..

Aminnn.. InsyaAllah...

















yang sedang mencari CintaMu, 
Intan @ ieyda



No comments:

Post a Comment