About Me

My photo
"satu kehidupan itu mempunyai banyak corak, pelbagai bentuk,dam macam2 jenis" -itu lah hidup-

Monday, July 2, 2012

Pengembara Cinta



Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua..
Salam buat pengembara cinta.. Yg sedang mencari cinta.

Aku juga seorg pengembara cinta.. Yg sedang mencari sesuatu yg belum pasti keadaannya..
masih mencari dan tetap mencari....


tapi...suatu hari,





Dia, aku kenali.. Tanpa diduga, aku dipertemukan dengan dirinya.. Pada mulanya, terasa amat menyakitkan hati.. Gaduh sana, gaduh sini., akhirnya terjatuh..
Degil, bak kata pepatah ''perasaan benci akan menjadi sayang, kemudian muncul kasih, dan berputiklah bunga2 cinta..(wahh.. tetibe jiwang karat!~ hahahahaa)

Dia amat baik. Aku terlalu menyayanginya. Kadang2 dia nakal, suke mengusik membuatkan ku tersenyum sentiasa.. Teringat detik2 kita bersama. Gaduh bersama..(tersenyum sendiri)

Kadang2 terasa sunyi.. Kerana xada yang menemani diriku.. Tp aku taw, die merindui aku... Hahahaha.. Perasan lebih.. Huuhu..

Dialah insan yang baik. Ketiadaan dia terasa.. Dan kehadiran dirinya membuat aku gembira..
Aku berjaya mencari cinta.. Cinta yang akan membahagiakan dirikuu.. Mungkin sukar utk terima, tapi itu lah yang patut ku terima..

Ya Allah, andai dia adalah untuk ku, kau berikan la aku kekuatan utk aku bertahan kehujung akhir hayatku. 
Dan seandainya dia bukan untuk ku, semaikan la rasa kasih serta sayang kami sebagai sabahat sampai bila2~


 "AMIN"  

'Jodoh itu rahsia Allah. Tiada siapa yang taw.' Kita hanya mampu merancang,  hanya mampu berusaha, dan mampu berdoa, yang selebihnya Allah yg tentukan.. 

Ingat, Allah xkan mengubah nasib seseorang itu klu tiada usaha untuk mengubahnya sendiri..




 insan yg sedang bahagia,
intan @eiyda 
(n_n)y













Tuesday, June 26, 2012

Kawan baik Aku kawin..



Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum, pembaca blog.. da lama xbukak blong nih.. bersawang!! Heheheh~~~
Al-maklum laa,, kerja terlampau banyak.. hehehe.. duk taip surat je… banyak  benda nk citer nih.. hehehe…

Ok..kita start dari kisah kawan2 aku… da ramai yang kahwin.. Alhamdulillah..
Yang belum kawin tu, xper.. jodoh belum sampai.. Allah tahu masa yg terbaik untuk kita.. heheheh…



Baiklah… meh sini dgr cerita.. kawan baik saya, Nur Aqilah Bt Mohd Rozalee… Selamat ijab Kabul pada 20hb April 2012. Tahniah beb… Alhamdulillah.. Qila, sah menjadi isteri kepada Azmi. 

 
Aku bangga sangat, sebab aku dapat jadi pengapit die.. Al-maklum la kan, kawan baik die.. hehehe..

“Qila, nnt aku jdik pengapit kau taw”
“yea la intan. Ko kan kawan baik aku”
“heheeh… tq Qila”

Gmbar aku ngn die..







Mengimbau saat2 dulu, selalu bersama2..dari dulu sampai die berkahwin, dan sehingga aku menghantar die ke atas pelamin. Hebat x aku?? Hahahaha… aku kan sahabat yang baik~ (wahh.. puji sendiri2) hahaha~~

Dan sekarang, die tetap mengekalkan ikatan itu.. die xpernah lupakan aku.. Ya, dialah sahabat yg terlah ditakdirkan untuk aku.. sahabat yg menyimpan suka duka aku… NUR AQILAH.. Dia adalah sebahagian dari kekuatan aku dan tetap menjadi kekuatan itu. Kerana kita sudah melalui pengalaman untuk membentuk sebuah persahabatan yg benar2 erat.. aku benar2 bersyukur dikurniakan sahabat seperti nko.. hehehe~ syg kau ketat2~ 



 Member yg seiring dan selalu memberi sokongan~




Gambar majlis Perkahwinan Azmi n Aqilah ;

Masuk dewan~
Jalan menuju ke jinjang pelamin..





 _-Sebok tetibe gmbar aku-_ hahahahaa~








 “Selamat pengantin baru Nur Aqilah n Azmi.. semoga kekal hingga ke akhir hayat”


wajah kebahgiaan sahabat aku... 

 




-semoga hati korg sentiasa bersatu, semoga cinta korg selalu mekar, semoga hubungan korg dibawah rahmatNya. Dan moga2 korg dikurniakan anak yg soleh dan solehah…-  Doa seorang sahabat buat sahabat… Amin…


  
Aku, Intan.. dan teman2 yg lain,Zizah, zmah, n mila, sentiasa mendoakan kesejahteraan dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat~ AMIN.


P/s: cepat2 dapat ank.. hehee~ 
sahabat kau yg sentiasa mendoakan kau, 
intan.

Wednesday, April 18, 2012

Erti Sebuah Persahabatan


Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum, kepada semua pembaca blog.

Alhamdulillah, sehingga jam ini, sehingga saat ini, sehingga detik ini, kita masih bernyawa.. Bersyukur kepada Allah diberi peluang lagi untuk kita teruskan hidup di atas muka bumiNya ini…

Bersyukur juga kerana sehingga hari ini, kita masih mempunyai sahabat.. bercerita tentang sahabat….

Entry yg dulu, saya ada menyebut tentang sahabat2 saya… (sorry la, sy mmg sker cite tentang ikatan persahabatan)

Hari ni, mari kita mengungkap erti sahabat yang sebenar.. Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut 

o   Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
o   Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
o   Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
o   Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
o   Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
o   Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
o   Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
o   Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
o   Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
o   Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
o   Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
o   Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Kadang2, kita ambil ringan tentang ikatan persahabatan… kita lebih tertumpu kepada nilai cinta yang suci.. mencari cinta.. pengembaraan mencari cinta bermula.. huh~~

Baiklah, memang tak salah menyintai seseorang itu, kerana itu adalah anugerah yang tak ternilai dari Allah S.W.T. ,dan juga adanya insan yang dicintai akan menjadi peneman sehingga sisa2 hidup kita hingga akhir.


“CINTA SEJATI PADA ILAHI, SAHABAT SEJATI SAMPAI MATI”
-capailah kedua2 nya, kerana itu adalah salah satu nikmat yang terindah dan membawa kepada kabahagiaan-

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan,
menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran,
menegur kelemahanmu atas nama kebaikan,
memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan,
ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” – Hamba Allah

------------------------
“HARGAI LAH NILAI SEBUAH PERSAHABATAN, KERANA IA TIDAK TERNILAI HARGANYA"

1+2+3+4+5+6+7 = SAHABAT

TUHAN aturkn antara kita 1 PERTEMUAN ditetapkn 2 HATI.
Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :
 SAYANG, KASIH & KASIHAN.
Dalam 3 rasa itu diselitkn 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA.
Dalam 4 tujuan itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI.
Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu :
 SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI.
Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :
“SAHABAT”. 


~ Jika sahabatmu melukakan hati, lukislah di awan agar ia cepat berlalu pergi…
Jika dia membuat kebaikan, pahatlah di atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan.~


 



seseorang yang menghargai sahabat, 
Intan @ Eiyda (n_n)  






Tuesday, April 10, 2012

- SeSaL MenDua -


Dulu
Aku pandang diriku 
Kekasih yang setia
Tak pernah berdusta
Kini
Aku mulai merasa
Sedap hati mendua
Perlahanku tinggalkan kamu
Tapi
Semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu
Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Mungkin
Mungkinkah kita bisa
Perbaiki semua
Kembali bersama
Kerna semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu
Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh Tuhan tolong aku
Menyesal aku tinggalkan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku


Assalamualaikum…
Hari ini, saya kembali di blog ini.. dah lame tak menaip.. rasa xbest plak.. hehehe..dalam kita meniti hidup harian kita, lagu dan irama pasti tidak lekang dengan kita kan? Adakalanya lagu2 itu terkait dengan hidup kita..

Seperti lagu ni… lagu yg membabitkan hari2 saya selama ini.. tapi itu kisah lama…. Yang menjadi sejarah saya… lagu ini ditujukan tepat untuk diri ini..

Mungkin.. ada kekesalan pada dirinya yang pernah melukai hati saya satu ketika dahulu.. tapi saya benar-benar tidak mengetahui keadaan diri nya sekarang….

Dan kini… otak ku berputar dan berfikir, apabila seseorg lelaki yg seperti ini, menginginkan kembali teman wanitanya.. bagi saya, die sudah tidak layak untuk kembali lagi.. kerana mmg ternyata salah diri nya kerana menduakan cinta yg suci..

~panas kottt!!~ hahahaa

Kepada lelaki2 yang terniat untuk menduakan kasih, fikirlah dulu sebelum membuat keputusan tersebut.. kelak menyesal.. mungkin, saudara akan bertemu seseorg didalam hidup kalian..akan tetapi hati saudara terasa tak pernah puas, dan sering dihantui dengan rasa bersalah… hahaha..- nak2 lagi, perempuan bekas2 dia mainkan dulu datang tuntut janji kasih… haa… habehhh arhh ko!! Hahahahaha…

Kalau tidak terkena pada si lelaki itu, pasti terkena pada orang2 yg paling dekat dengan dirinya, seperti Mak die, kakak die, adik perempuan die, atau pun anak perempuan die kelak… cepat atau lambat, pasti terkena, kerana Allah itu maha Adil…
Bukan lah mendoakan tetapi mengingatkan.. kita sesama manusia tidak pernah lari untuk melakukan kesilapan..

-semoga Allah mengampunkan dosa2 mereka yang melakukan kesilapan dalam sengaja tau tidak sengaja-

~ kepada yg sering menyakiti hati sesorang itu, teruska la sakiti hati mereka, kelak pasti mendapat balasan yang setimpal ~






seseorang yg tgh takde jiwa, 
intan. 



Tuesday, February 28, 2012

ku tersilap lagi...

Aku tersilap langkah lagi..

Banyak yang terasa dengan diriku... Apakah salah ku?? kenapa semua ini terjadi...

kali ini aku mengulangi kesialpan ku... tp, aku xtaw dimana kesalahan ku... aku terasa mungkin aku terlalu rendah darjatnya kalau dikirakan dengan mereka... Ya... aku tidak berpangkat besar.. darjat yang tinggi..

Tetapi, aku manusia jugak.. yang ada perasaan.. yg ingin disayangi... tp, darjatku terlalu rendah.. sehingga kan mereka boleh mempergunakan aku... mereka terlalu tinggi darjatnya... Malu aku untuk bergaul dengan mereka...

ya, aku mengerti.. aku tak sehebat mereka... aku xsegagah mereka.. tapi, aku juga manusia,.. yg mempunyai perasaan.... perasaan mereka aku jaga.. elok, soft, murni... disanjung lagi.. perasaan aku??? bagaikan sampah yg menunggu masa untuk dikutip dan dikumpulkan di pembuangan sampah....

Ya, aku mengerti.. aku tak sepintar mereka... tak secantik mereka.. tetapi aku ada perasaan... aku juga ingin disanjung... agar maruah aku tak dipijak2...

sekali lagi, aku tersilap.. aku melukakan hati mereka... aku xpasti, kenapa mereka terlalu cepat terasa... teruk sangat ke aku nih??

mungkin da terbiasa.... aku mmg tak layak bersama mereka.. kerana darjat mereka adalah lebih tinggi dari aku... aku tahu... diriku hanyalah insan biasa...


yang membuat silap...
intan..





Sunday, January 29, 2012

Dengan kuasaMu ~

Dengan KuasaMu
Jiwaku tergoncang
Terus melayang
Mengembara cinta

Dengan KuasaMu
Hati telah terpaut
Lalu terikat
Ditawan cinta

Bukan bibir ini berbicara
Namun jiwa ini berbahasa
Dalam lamunan ku yakinkan
Kaulah teman kebahagiaan

Tuhan temukan daku penawar
Terluka ditusuk duri cinta
Hanya dia..cuma dia
Yang kan mampu menyembuhnya

Dan terus aku
Terus berdoa
(Hanya dia membawa bahagia)

Dengan KuasaMu
Mataku memandang
Sepenuh sayang
Dia tercinta

Dengan KuasaMu
Pastiku diseru
Dan kan menyatu
Di ambang cinta