About Me

My photo
"satu kehidupan itu mempunyai banyak corak, pelbagai bentuk,dam macam2 jenis" -itu lah hidup-

Tuesday, August 23, 2011

Ramadhan ==> Syawal 1432


Bismillahirrahmanirrahim...

hari ni, da masuk 24 Ramadhan. laju suungguh masa berlalu..
mesti banyak kenangan manis, pahit, menyakitkan, dan macam2 lagi..

tp, kita kene tabah harungi semua itu.. -Al-Fatihah, kepada yg telah tiada, dan intan harap,
kepada yang menghadapi saat2 sedih, bersabarlah.. kerana, Allah itu maha penyayang..

Allah lebih menyayangi dia..

kpd yg sedang sibuk buat persiapan raya, jgn la terlalu berbelanja.. cukup yg memadai saja..

So, tinggal lagi 6 hari nk menyambut syawal, persiapan raya, seperti, baju raya, kueh raya, n segala2 raya, mesti da siapkan?

Kad raye dpt x??
mesti ada yg ckp, "ala, skrg ni gune sms je"

"email pun bole"......-"ala, aku gne fb je.. utk semua terus"

-heheheh, mcm2 skrg ni, boleyh sampaikan selamat hari raya.. yg penting, kita xlupa antara satu sama lain, dan memaafi semua nya..

saya??
hurm, sy lebih suka bagi kad raya.. baru ada nostalgia, kenangan... kad2 yg member bagi dari sekolah dulu, still simpan, sampailah ke kolej.. semua ada..

kad raye jijah- 5 keping,
kad raye zimah- 5 keping
kad raye qila - 4 keping
kad raye mila - 2 keping + kad raye BESAR

yang lain pun ade.. huhu.. klu tahun ni xdpt, bace yg lame je.. hehehe~

kad raye..penting tu, kenangan kita, dan bukti bahawa die kenal kita.. hehehe..
kad raya...... utk tahun ni, xsempat nk beli kad raya... lepas raya baru pos leyh x?
sibuk laa skrg ni.. huhu..

kepada rakan2,
selamat hari raya semua.. ku susun 10 jari, memohon ampun maaf, jikalau ada terkasar bahasa, terguris hati, terasa dgn kata2 sy.. kita manusia biasa, ada salah... -nobody is perfect-
maaf zahir dan batin..

hari raya tahun ni, lagi bermakna, kerana, sy dapat kakak ipar yg baru..
so, bertambah lagi seorang ahli dalam keluarga, dan raya nya juga agak meriah la nnt..-insyaAllah-


saya pun xtahu nak karang apa lagi.. -speechless-

Saya harap, kepada semua umat Islam, tak kira dimana jua berada, beraya lah dengan penuh keinsafan sepertimana kita menyambut Ramadhan dahulu..
pergi nya Ramadhan, xbererti, tingal semua ibadah kita.. kita kene teruskan semua nya.. cuma, Ramadhan ini, adalah bulan yg istimewa berbanding dengan Bulan2 yg lain..

-semua org tahu ttg Ramadhan, tetapi xpernah mendalaminya.. cuba, satu minit, kita berfikir, dan fahami, apa yg harus dilakukan dibulan Ramadhan ini, dan apa yg xpatut kita buat..

-fikir2 kan lah.. krana saya tiada hak untuk menilai kalian semua.. yg behak hanya Allah..

saya juga bukan lah baik, tapi saya mengejar utk menjadi yg terbaik pada pandangan Allah..


-tengok anak bulan dulu, baru boleyh raye-



ni, kad raye tuk korg, kawan2 aku.. hahah~




~SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI~


~ sYAWAL 1432 ~

~intan~

Sunday, August 21, 2011

My favorite Facebook's status


1) perkara yg sy belajar untuk berfikir- "berfikir secara logik"
- fikir secara logik, untuk mengetahui perkara yg sebenar.. supaya kita dapat membuat sesuatu keputusan itu secara matang dan berkesan pada jiwa.-

2)cinta itu lebih kukuh apabila "kita" mengikut syariat islam

- kata2 "stanza cinta".. membuat kan aku terpikir batas2 dalam pergaulan, dan batas2 cara utk kita menjalinkan hubungan-


3)kenapa perlu mencari kebahagiaan ditempat org lain?? carilah kebahagiaan pada diri sendirikerana kebahagiaan dari situ lebih indah..

-jika belum menjumpai kebahagian itu, carilah ia di dalam solatmu.. kerana disitu hanya tempat kita mengadu, tempat kita meminta kepada yg Esa.-


4) hidup~hidup~hidup~mempunyai pilihan, dan anda lah yang kene memilihnya,.. dan jangan sesekali pernah menyesali pilihan itu..kerana ada hikmah disebalik setiap kejadian..

-kerana pilihan itu mematang kan kita dan utk kita lebih kuat menempuh dugaan yg lebih besar.. pengalaman itu penting-



5) dirimu menyerikan lagi hidupku, sungguhpun kau jauh dari hidupku.
-aku mendoakan kebahagiaanmu dari jauh.. semoga kau sentiasa bahagia-

6) kita haruslah mengambil kesempatan itu sebelum ia berlalu begitu sahaja.. so just do it.. hehe
-nothing to say, coz, i'm the one whos not take that advantage-

7) jadilah seorang yang mudah didekati, selalu disenangi, cepat memahami, kerana itu kunci untuk kita disayangi.

- perkara yang paling mudah utk menerima sahabat, ialah, jujur, setia mendengar, dan mengambil berat ttg dirinya-

8) kadang kala, kita tersesat jalan, tak jumpa jalan keluar, manum, setiap kali kita melangkah itu, pasti ada jalan keluar.. ~trust me~

-jalan itu telah ada pilihan, kita sahaja yg harus memilih.. sama ada sesat, kita kene cari semula jalan pulang, klu x, mati kering la kau-
no, i mean," we must try our best to achieve our goal" - Mr Mohan..

9) kebahagiaan itu milik ku.. Alhamdulillah.

-speechless..... sebab, ade org like.. hehehe~ bahagia jew-


10)kita beerlainan tempat asal, tp, "masa itu" telah menemukan kita.. tak sangka..~ pertemuan itu mmg tak diduga..-love it-

-kita sering inginkan insan yang terbaik utk diri kita, tetapi org yg kita jumpa itu lah yg terbaik, kerana Allah mengenali semua hambanya..siapa yg layak utk kita bertemu-

11) mengenali dirimu, salah satu perkara yang sangat indah dalam hidup saya.

-setiap pertemuan itu adalah sgt manis.. so, hargainya tanpa ragu2, sungguhpun, perpisahan menanti kita...-


Saturday, August 20, 2011

Secerah Pawana~


Album : Nasyid Nostalgia The Zikr
Munsyid : Nazrey Johani
http://liriknasyid.com


Seindah sedamai pantai melambai gemalai
Begitulah hati merindu kasih yang padu
Bagaikan pepasir basah disimbah lautan
Begitulah perjuangan ini
biar basah dengan iman dan ukhwah

Kita ingin segalanya indah
Sebersih pasir pantai memutih
Seindah dan secerah pawana
Berseri ukhwah dipupuk kasih

Kita ingin segala terlerai
Dengki dan dendam kesumat musnah
Biar keikhlasan berbicara
Di dada hati luas saujana

Monday, August 15, 2011

surat untuk Pengkhianat Cinta

Assalamualaikum....
salam rindu dan sayang buat dirimu wahai pengkhianat cinta, harap2 moga2 sihat selalu..

wahai pengkhianat cinta,
untuk pengetahuan awk, saya sihat sentiasa. Bebas dari cinta awk, memberikan saya seribu makna.. Sungguhpun dulu, saya pernah mencintai diri awk sepenuh hati... Terima kasih kerana melepaskan diri saya dari terus dikhianati...

Tanpa cinta awk, saya tak gusar, tanpa cinta awk, saya tak sakit, tanpa cinta awk, saya bahagia, lebih bahagia dari dulu, semasa mencintai awk...

wahai pengkhianat cinta,
tahniah... awk telah berjaya menghancurkan hati saya.. Cinta yg saya bagi, awk mainkan dengan mudahnya,... diwaktu itu, saya buntu...kerana masih mencintai awk.., tetapi, awk terus mengkhianati cinta saya..awk tak pernah berterus terang dengan saya...
Apa salah sy wakk??

kadang2 sy tertanya sendiri.."salah sy ke semua nih??,"..jujur saya katakan, sy mmg xpandai nk bercinta.. semasa itu, sy keliru, sedih, geram, benci, bercampur baur...
kadang2 sy tertanya" betul ke awk cinta kan saya, seperti mana sy mencintai diri awak..,?"
setelah sy penat berfikir, baru sy faham, yg Awak telah mengkhianati cinta saya...
Awak adalah pengkhianat cinta, kerana diri awk, saya sengsara... hampir dua tahun, saya bersedih,....


"zahir kau lihat, bukan segala-gala.., bibir tersenyum menutup jiwa yang luka..
zahir kau lihat hanya antara lapis, mataku sinar bergenang tangis" --bait dunia batinku-

tetapi, sy bahagia, kerana sy ada keluarga yg selalu memberi sokongan, sy ada kawan2 baik yg selalu temankan sy sewaktu sy sunyi... tetapi, hati xdapat nk tipu..sy terasa sunyi tanpa gelak tawa awk.. saya sunyi dengan usikkan awak.. semuanya tentang awak..
Sampai suatu hari, ku bersujud pada yg Satu.. ku memohon, berikanku petunjuk dan kekutatan tuk menghadapi semua ini... sy xkuat... Alhamdulillah, sedikit demi sedikit, sy ubati hati sy yg luka ini..

dalam masa 2 tahun, saya berfikir...merenung kembali, adakah saya yang bersalah, atau awk yg bersalah?? Allah itu maha berkuasa,,,satu hari, sy mendengar ceramah, terdengar satu kata2 Ustaz;
"Apabila kita mengagungkan cinta itu, yakni cinta manusia, mana hilangnya Cinta kita kepada Allah??"
tersentap jiwaku.. meremang tengkuk ku, sedikit jantungku berdenyut laju.. "Ya Allah"



Cinta kepada Allah.. ya.. cinta itu, mmg mudah utk dilafazkan, tetapi, kita xpernah menyelami nya, xpernah merasainya, xpernah membalasnya, xpernah memahaminya...
Teruk kan saya ni??
satu hari, saya berfikir sejenak;

"Aku lah pengkhianat cinta, kerana aku lupa padaMu Ya Allah, ampunkan diriku...aku terlalu obses kepada cinta manusia... Tetapi tidak pada cintamu Ya Allah... aku hamba yang lemah...aku insan yg hina, kerana, aku boleh berjumpa dengan dia, sungguhpun aku berjumpa denganMu didalam solat, tetapi cintaku, padanya telah melebihi cintaku padaMu...-ampunkan dri ku Ya Allah... "
"kadang2 aku teringatkan diriMu, tidak setanding sengan teringatkan dirinya... Aku yg bersalah... Sebab itulah, Kau menarik semua nikmat dan kemanisan cintaku dan si dia.. "

-aku menuduh yang dia adalah Pengkhianat Cinta,tetapi, aku lah pengkhianat yg sebenarnya... -

pada mulanya, saya buntu.. keliru, tetapi sekarang, saya da tenang... tenang dari pengkhianat cinta macam awak.. kerana cinta saya dah tak dikhianati kerana cinta saya lebih kepada IBU saya, dan keluarga saya., serta untuk sahabat2 saya...


Dan, Cinta ini kembali kepada Mu Ya Allah.. tiada lagi sakit, tiada lagi sedih, hanya senyuman terukir dibibir saya..

kerana:- sya sudah takut utk bercinta, sy takut kepada pengkhianat cinta..kerana dia, sy berlayar ke daerah yg belum ada penghujungnya...

biarkan saya begini, biarkan saya sakit sendiri, walaupun sakit, saya tahu, Allah sentiaasa disamping saya... Semakin kuat Allah menguji, semakin dekat saya dengan diriNya...
Saya tahu, Allah sentiasa menyayangi diri ini, selalu memerhatikan diri ini, dn selalu menjaga diri ini...

"Apabila Allah mengambil CINTA manusia dari kita, bermakna, ALLAH ingin menjaga kita
kembali"~
~"MMG CINTA YG SATU ADALAH CINTA ALLAH, mungkin, aku belum cukup baik utk mendapatkan cinta itu (cinta manusia)...... -hanya Allah saja yg tahu-

-salah satu kehidupan yg harus kita tempuhi dgn tabah-






Friday, August 12, 2011

ramadhan 1432

hari pertama aku menyambut ramadhan, tanpa ibu dan ayh.. tp, Alhamdulillah, aku menyambut nya dgn kakak, abg, dan adik aku..
Ibu ngn ayh tahun ni, Alhamdulillah, dpt mengerjakan umrah. so, tu pasal, first puasa, diorg di Mekah..

setelah dua minggu di sana, mereka selamat pulang ke sini.. syukur Ya Allah...


pejam celik, pejam celik, da masuk ramadhan ke-12.. tak sangka pantas sungguh masa belalu...
tp, best, rasa mcm kejap je.. yg penting, ade ibu n ayh uutk smbut sesama puasa lam masa dua minggu lagi utk kite raya...

dalam 2 minggu ni, byk cerita yg kita dengar kan??

semestinnya, ada yg tiap2 malam ke masjid, utk terawih, ade yg duduk2 kat rumah lepas berbuka..sebab kekenyangan,,
hehehe.. xper, masing2 ada hal sendiri...

aku?? tahun ni, sgt2 best... minggu pertama, pergi solat terawih kt setiap masjid..

"malam ni nk solat masjid mane?" -da mcm pilih tmpat mkn-

tp, Alhamdulillah, tiap2 masjid, cara imam membawa terawih sgt2 menarik..

ada yg merdu suaranya, lembut, dan cepat...disini, dapat mengajar aku satu perkara yg baru, [kemana kita pergi, semestinya berlainan cara diorg]
so, kite mmg xleyh nk jangka mereka ni sumer mcm mane.. biasa la manusia.,...

tu baru terawih... belum cerita ttg bazar ramadhan..
pergh.. penuh orang.. xkira pelbagai kaum.. yg penting, aku dpt beli murtabak~ ahahahahah...

bazar ramadhan, nak2 kat puchong, banyak~ dan semuanya penuh.. ramai sungguh org lt puchong ni.. hehehe~ mane tidaknye, kt OTK, Puchong Perdana, Puchong utama, mmg ramai...
lagii teruk, kt simpang nk masuk rumah aku..
pergh.. jem teruk... diorg leyh parking tengah2 jalan, utk membeli juadah berbuka... hurmm...
dasat kan....
hehehe~

Tapi, bagi aku, ramadhan kali ini sgt bermakna buat aku... Solat berjemaah terawih bersama fmly.. kitorg wat kat rumah je.. hampir seriap malam kitorg solat berjemaah..
trima kasih Ya Allah.. Kau berikan kami kebahagiaan itu... semoga kau lindungi keluarga ku...

itu la.. ramadhan kali ini.. pelbagai perkara sedih, tetapi dapat diubati dengan gelak tawa, rindu-manja keluarga ku..

well, jgn lupa berpuasa, bersahur, dan solat.. kerana bulan ramadhan adalah bulan ibadah...

hurm, nnt kite cite lagi ttg puasa ni.. byk perkara yg harus dikongsi bersama~

tujuan hidup~

hari ini... aku jalani hari2 yg seperti biasa.

semakin jauh aku melangkah, semakin luas penglihatanku..

payah... sakit.. gembira... sedih... tp, harus jalani jgak hidup ini...

supaya, diri ini xmenyusahkan hidup org lain... perlu berdikari utk mencapai impian hidup..

Kadang2 terpikir, kita dilahirkan di dunia utk apa?

walaupun apa sahaja alasan yg ade diminda anda semua,

kita tetap disini.. harus tempuh hidup ini...

buat la mcm mane skali pun..yg pnting kita leyh hidup dengan selesa...

Saya akui, yg saya juga belum tahu apa yg didepan...

tetapi yg sy tahu, kaki ini akan melangkah kedepan,

untuk menghadapi semua cabaran dan dugaan..

Dan juga..

kaki ini akan kembali melangkah kebelakang..,

supaya dpt mengambil pengalaman utk masa depan~~

~ada yg tahu, siapa mereka dibumi..dan ada yg xtahu kenapa mereka di bumi~

masing2 ada tujuan mereka tersendiri,

DI DALAM HIDUP YANG BELUM PASTI~~