About Me

My photo
"satu kehidupan itu mempunyai banyak corak, pelbagai bentuk,dam macam2 jenis" -itu lah hidup-

Wednesday, April 18, 2012

Erti Sebuah Persahabatan


Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum, kepada semua pembaca blog.

Alhamdulillah, sehingga jam ini, sehingga saat ini, sehingga detik ini, kita masih bernyawa.. Bersyukur kepada Allah diberi peluang lagi untuk kita teruskan hidup di atas muka bumiNya ini…

Bersyukur juga kerana sehingga hari ini, kita masih mempunyai sahabat.. bercerita tentang sahabat….

Entry yg dulu, saya ada menyebut tentang sahabat2 saya… (sorry la, sy mmg sker cite tentang ikatan persahabatan)

Hari ni, mari kita mengungkap erti sahabat yang sebenar.. Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut 

o   Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
o   Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
o   Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
o   Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
o   Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
o   Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
o   Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
o   Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
o   Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
o   Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
o   Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
o   Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Kadang2, kita ambil ringan tentang ikatan persahabatan… kita lebih tertumpu kepada nilai cinta yang suci.. mencari cinta.. pengembaraan mencari cinta bermula.. huh~~

Baiklah, memang tak salah menyintai seseorang itu, kerana itu adalah anugerah yang tak ternilai dari Allah S.W.T. ,dan juga adanya insan yang dicintai akan menjadi peneman sehingga sisa2 hidup kita hingga akhir.


“CINTA SEJATI PADA ILAHI, SAHABAT SEJATI SAMPAI MATI”
-capailah kedua2 nya, kerana itu adalah salah satu nikmat yang terindah dan membawa kepada kabahagiaan-

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan,
menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran,
menegur kelemahanmu atas nama kebaikan,
memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan,
ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” – Hamba Allah

------------------------
“HARGAI LAH NILAI SEBUAH PERSAHABATAN, KERANA IA TIDAK TERNILAI HARGANYA"

1+2+3+4+5+6+7 = SAHABAT

TUHAN aturkn antara kita 1 PERTEMUAN ditetapkn 2 HATI.
Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :
 SAYANG, KASIH & KASIHAN.
Dalam 3 rasa itu diselitkn 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA.
Dalam 4 tujuan itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI.
Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu :
 SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI.
Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :
“SAHABAT”. 


~ Jika sahabatmu melukakan hati, lukislah di awan agar ia cepat berlalu pergi…
Jika dia membuat kebaikan, pahatlah di atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan.~


 



seseorang yang menghargai sahabat, 
Intan @ Eiyda (n_n)  






Tuesday, April 10, 2012

- SeSaL MenDua -


Dulu
Aku pandang diriku 
Kekasih yang setia
Tak pernah berdusta
Kini
Aku mulai merasa
Sedap hati mendua
Perlahanku tinggalkan kamu
Tapi
Semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu
Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Mungkin
Mungkinkah kita bisa
Perbaiki semua
Kembali bersama
Kerna semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu
Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh Tuhan tolong aku
Menyesal aku tinggalkan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku


Assalamualaikum…
Hari ini, saya kembali di blog ini.. dah lame tak menaip.. rasa xbest plak.. hehehe..dalam kita meniti hidup harian kita, lagu dan irama pasti tidak lekang dengan kita kan? Adakalanya lagu2 itu terkait dengan hidup kita..

Seperti lagu ni… lagu yg membabitkan hari2 saya selama ini.. tapi itu kisah lama…. Yang menjadi sejarah saya… lagu ini ditujukan tepat untuk diri ini..

Mungkin.. ada kekesalan pada dirinya yang pernah melukai hati saya satu ketika dahulu.. tapi saya benar-benar tidak mengetahui keadaan diri nya sekarang….

Dan kini… otak ku berputar dan berfikir, apabila seseorg lelaki yg seperti ini, menginginkan kembali teman wanitanya.. bagi saya, die sudah tidak layak untuk kembali lagi.. kerana mmg ternyata salah diri nya kerana menduakan cinta yg suci..

~panas kottt!!~ hahahaa

Kepada lelaki2 yang terniat untuk menduakan kasih, fikirlah dulu sebelum membuat keputusan tersebut.. kelak menyesal.. mungkin, saudara akan bertemu seseorg didalam hidup kalian..akan tetapi hati saudara terasa tak pernah puas, dan sering dihantui dengan rasa bersalah… hahaha..- nak2 lagi, perempuan bekas2 dia mainkan dulu datang tuntut janji kasih… haa… habehhh arhh ko!! Hahahahaha…

Kalau tidak terkena pada si lelaki itu, pasti terkena pada orang2 yg paling dekat dengan dirinya, seperti Mak die, kakak die, adik perempuan die, atau pun anak perempuan die kelak… cepat atau lambat, pasti terkena, kerana Allah itu maha Adil…
Bukan lah mendoakan tetapi mengingatkan.. kita sesama manusia tidak pernah lari untuk melakukan kesilapan..

-semoga Allah mengampunkan dosa2 mereka yang melakukan kesilapan dalam sengaja tau tidak sengaja-

~ kepada yg sering menyakiti hati sesorang itu, teruska la sakiti hati mereka, kelak pasti mendapat balasan yang setimpal ~






seseorang yg tgh takde jiwa, 
intan. 



Tuesday, February 28, 2012

ku tersilap lagi...

Aku tersilap langkah lagi..

Banyak yang terasa dengan diriku... Apakah salah ku?? kenapa semua ini terjadi...

kali ini aku mengulangi kesialpan ku... tp, aku xtaw dimana kesalahan ku... aku terasa mungkin aku terlalu rendah darjatnya kalau dikirakan dengan mereka... Ya... aku tidak berpangkat besar.. darjat yang tinggi..

Tetapi, aku manusia jugak.. yang ada perasaan.. yg ingin disayangi... tp, darjatku terlalu rendah.. sehingga kan mereka boleh mempergunakan aku... mereka terlalu tinggi darjatnya... Malu aku untuk bergaul dengan mereka...

ya, aku mengerti.. aku tak sehebat mereka... aku xsegagah mereka.. tapi, aku juga manusia,.. yg mempunyai perasaan.... perasaan mereka aku jaga.. elok, soft, murni... disanjung lagi.. perasaan aku??? bagaikan sampah yg menunggu masa untuk dikutip dan dikumpulkan di pembuangan sampah....

Ya, aku mengerti.. aku tak sepintar mereka... tak secantik mereka.. tetapi aku ada perasaan... aku juga ingin disanjung... agar maruah aku tak dipijak2...

sekali lagi, aku tersilap.. aku melukakan hati mereka... aku xpasti, kenapa mereka terlalu cepat terasa... teruk sangat ke aku nih??

mungkin da terbiasa.... aku mmg tak layak bersama mereka.. kerana darjat mereka adalah lebih tinggi dari aku... aku tahu... diriku hanyalah insan biasa...


yang membuat silap...
intan..





Sunday, January 29, 2012

Dengan kuasaMu ~

Dengan KuasaMu
Jiwaku tergoncang
Terus melayang
Mengembara cinta

Dengan KuasaMu
Hati telah terpaut
Lalu terikat
Ditawan cinta

Bukan bibir ini berbicara
Namun jiwa ini berbahasa
Dalam lamunan ku yakinkan
Kaulah teman kebahagiaan

Tuhan temukan daku penawar
Terluka ditusuk duri cinta
Hanya dia..cuma dia
Yang kan mampu menyembuhnya

Dan terus aku
Terus berdoa
(Hanya dia membawa bahagia)

Dengan KuasaMu
Mataku memandang
Sepenuh sayang
Dia tercinta

Dengan KuasaMu
Pastiku diseru
Dan kan menyatu
Di ambang cinta

masih terasa....



bismillahirrahmanirrahim...

Kehidupan mesti diteruskan.. itu la ungkapan yang selalu ku dengar..

Hari ini, aku masih lagi berfikir.. Masih lagi ingin mengetahui.. Adakah aku yang salah jalan??
Adakah aku tersilap langkah??

Aku tersesat dalam diri aku sendiri..
Aku terlalu menyayangi dirinya..

Dalam aku tak menyangka, hati aku dilukai lagi.. Banyak kali aku katakan.. Cukuplah kali ini yang terakhir.. Tetapi aku tetap degil.. Hati aku degil.. degil memikirkan tentang dirinya...

Menyatakan, dia dijodohkn utk aku.. Dia adalah suamiku.... Rupanya, dia hanya lelaki yang biasa.. Bukan lah jodohku, dan bukan jua suamiku..

Dia mmg amat merumitkn.. Banyak perkara yang dia telah lakukan.. Banyak hal yang telah dia buat.. Masihkah layak dia menghampiri aku?? Layakkah dia utk menjadi pendamping aku?? Layakkah dia mempunyai hati aku??? Sebenarnya dia langsung xlayak!!

Mmg xde hak utk aku, dan siapa dia yang mengheret aku didalam lembah maksiat? Aku akui,, dia seorg yang baik... Pada pandangan aku dia adalah imam. Tp setelah aku kenal dirinya, aku semakin membenci.. Sayang ku smkin hambar..

Dalam kebencian ada rindunya,
Dalam kerinduan ada sayangnya,
Dalam sayang ada cintanya...

Semakin aku , mengingatinya, aku dpt rasakan, yg dia bukan untukku.. Xperla.. Mungkin dia bukan jodohku...

Ya Allah, siapakah jodohku?? Tunjukkan la satu petanda kpdku.. Semoga aku masih terasa diri ini adanya cinta.. Masih terasa ada yang menyayangi ku seikhlasnya..
Berikan aku tanda, bahawa si dia adalah empunya tulang rusuk ini.. kerana diriku hanyalah manusia biasa.. yang hanya mampu merancang.. Mencari yang sesuai dihati...

Kadang kala takut untuk menerima.. kerana pernah dilukai.. takut kerana apabila mencintai, rupanya dia bukan jdohku... takut kerana membawa ke arah zina hati... Ya Allah...

Ya Allah..
biarkan aku mencintainya kerana Mu..
mencintainya kerana dia mencintaiMu
mencintainya kerana membawa ku ke jalanMu..

-sesungguh nya Kau maha mendengar.. -

~~~~~~~~~~~~~ AMIN ~~~~~~~~~~~~


yg mendambakan seseorg,
intan @ eiyda. ('',)

Thursday, January 26, 2012

di celah2 kehidupan '',


Assalamualaikum..

hye semua, yg sudi membaca blog aku yg sker merepek... Maklum la.. penglipur lara.. mmg banyak ceritanya... hehhe.. so, can we start??

=your pleasure=

hehehhe... dalam keboringan, aku berfikir, dicelah2 kehidupan yg kita pun xpasti... kenapa? dan mengapa... yang pasti, kita harus menghadapinya...

Manusia.. kadang kala pandai membuat penafsiran.. tetapi, penafsiran itu, xkan pernah sempurna... klu ade pun 1 per 100... mmg payah nk mecari kesempurnaan itu kerana 'nobody is perfect'....

Aku?? kalau la boleyh... aku nk jadi seseorg yang hanya hidupnya tertumpu dalam diri nya sahaja... menjadi seorg yang naif... naif tentang hidupan, naif tentang cinta.. kerana, lebih baik kita tak tahu daripada kita mengetahui sesuatu itu yg boleh mengundang masalah hati dan jiwa... yang memboleh kan diri terasa tertekan.... kalau boleh laaa..


namun, ia tak kan seperti itu.. setiap manusia perlu, harus, wajib mengetahui keadaan org lain, keadaan cinta org dan diri sendiri...

mengapa???

kerana, itu adalah pengalaman, pengetahuan, pembelajaran...

"kita akan maju apabila kita ada pengalaman.. memang jatuh itu sangat sakit... tapi, kita kene teruskan.. takkan la nak stay kt situ selamanya... kene la cuci lukanya.... letak DETTOL, utk menghalang kuman supaya penyakit lain xkan datang...."



apabila ditenung kembali, di imbas kembali, sebenarnya, kehidupan kita ini amat mudah. terlalu senang dan semuanya ok.. senang ckp "xer hal laa"
cuma, ia akan menjadi rumit, kerana kita yang merumitkan keadaan itu...

sy impikan menjadi gadis yg cukup simple.. simple dimata NYa... dan simple juga die mata sidia... cukup la klu die mengetahui hatiku ini...

sy ingin menjadi seorg teman yang baik, berwawasan, dan sentiasa mendengar dgn setia semua masalah yg berlaku... kerana hidup ini tersangat lah singkat... hargailah setiap masa kita semua... takut terkilan, dan xkan boleh undurkan masa semula...

Hidup ini....kadang2 kita terasa konflik dalam diri sendiri.. berusaha untuk lari dari konflik itu.. sebenarnya, kita xboleh nk lari... hanya boleh menghadapinya.. mengharunginya... dengan berfikiran yg matang dan menyelesaikan masalah itu dengan sifat keterbukaan..


last, kita kene la pandai memilih segala yang ada didepan kita... seperti memilih baju.. mmg cantik, tetapi xselesa apabila memakainya... seperti juga hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan kita...

{+_+''} =heheheh.. so the moral of this story yg hagak mengarut nih, guna kan la akal dengan sebaikknya, kerana "akal manusia adalah sebaik2 anugerah yg telah diberi"


"hidup mesti diteruskan.. seperti berjalan.. xkn nk dok je kt tgh2 jalan tu.. kang kene hon lak"

(n_n)y

~just be positive person~

yang sedang menempuhi hidup,
intan @ Eda..